> sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd, OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT
> GO .......
>
> Jika kamu memancing ikan....
> Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
> hendaklah kamu mengambil ikan itu....
> Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
> semula ke dalam air begitu saja....
> Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
> ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi
> ia masih hidup.
>
> Begitulah juga .........
>
> Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
> Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA
> hatinya....
> Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
> Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
> dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia
> mengingatmu. ...
>
> Jika kamu menadah air biarlah berpada,
> jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
> menganggap ia
> begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...
> Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
> menambalnya semula....
> Akhirnya ia dibuang....
>
> Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih
> dapat dipergunakan
> lagi....
> Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH
> seadanya....
> Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
> menganggapnya begitu
> istimewa....
> Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
> KESILAPAN bukan
> mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
> akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
>
> Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu
> akan TERUS hingga
> ke akhirnya....
>
> Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
> yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan.
> Berkhasiat.
> Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
> Terlalu ingin mengejar kelazatan.
> Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
> Kamu akan
> menyesal.
>
> Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
> insan..... yang pasti
> membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..
> MENGASIHIMU. ..
> Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang
> lain.
> Terlalu mengejar kesempurnaan.
> Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik
> orang lain... Kamu
> juga yang akan MENYESAL....
> _________________
> Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki
> adanya sesuatu,
> hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "
> Jadilah engkau! ". Maka
> ia terus menjadi.
JJCM Bertam : Factory Dessert & Cafe
1 hour ago
No comments:
Post a Comment